Tuesday, January 5, 2010

MCA Wajar Di Bubarkan, Orang Cina Sudah Muak


Kampung Cina, KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata lebih baik bubarkan sahaja parti MCA kerana orang-orang Tionghua sudah ‘muak’ dengan parti politik tersebut.




Katanya, masyarakat Cina di Terengganu khususnya di Kuala Terengganu sudah bosan dengan persengketaan yang berlaku dalam MCA.

”Saya cadangkan bubarkan sahaja MCA, orang-orang Cina Bandar dan lain-lain tempat sudah muak dengan masalah perbalahan pemimpinnya,


”sudah terlalu lama tidak selesai, orang sudah bosan,”katanya kepada Buletinonline ketika mengulas kegagalan MCA mengadakan mesyuarat agung luarbiasa (EGM)
kali kedua yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini.


Menurutnya, MCA bukanlah satu parti yang benar-benar mewakili masyarakat Cina kini, kerana sudah terdapat banyak parti politik lain yang mampu mengambil alih peranan tersebut.

Beliau berkata, perbalahan dikalangan MCA bukanlah untuk berlumba-lumba mengenengahkan suara komuniti Tionghua, namun ia adalah perebutan pangkat, kuasa dan kekayaan.


”Sudah ada parti lain yang boleh membawa suara orang-orang Cina, MCA sudah terpesong dari maksud penubuhannya,

”Pemimpin MCA berbalah kerana ‘gila’ jawatan, berebut pangkat, kerana Umno telah mengajar MCA bila ada jawatan dalam politik akan dapat pangkat dalam kerajaan,


”Ia dianggap tiket untuk mengumpulkan kekayaan peribadi pemimpin MCA,”tegasnya.

Semalam, dilaporkan media utama, Timbalan Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek berkata EGM kali kedua bagi memilih pemimpin baru mungkin mustahil diadakan.

Ia berikutan hanya 13 orang dari ahli Jawatankuasa Pusatnya yang telah menghantar surat perletakan jawatan tanpa tarikh kepada Setiausah Agungnya , Wong Foon Meng
www.buletinonline.net

No comments:

Post a Comment