Monday, January 4, 2010

Kononnya Anak ADUN Tepoh balik, menangis dan sedih.....

KUALA TERENGGANU – Pelbagai karenah yang dilakukan kumpulan ’10 Budak Hitam’ dalam Sidang DUN baru-baru ini disifatkan sengaja di tonjolkan untuk menjatuhkan air muka Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

Antaranya tindakan Adun Tepoh, Mohammad Ramli Nuh yang membangkitkan isu kononnya kerajaan negeri akan menyerahkan kepada pihak lain apabila pembinaan Kompleks IMTIAZ di Besut siap kelak.

Ramli mendakwa, beliau mengemukakan soalan tersebut setelah mendapat maklumat dari anaknya yang sedang belajar di Sekolah IMTIAZ, Besut bahawa kompleks berkenaan akan diserahkan kepada pihak lain.


“Saya ingin tahu kedudukkan peratus pembinaan Kompleks IMTIAZ di Besut dan apakah benar maklumat yang saya terima kompleks tersebut tidak diberikan kepada IMTIAZ dan kemungkinan akan diberi kepada pihak lain,” soalnya.



Soalan tersebut dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman yang memaklumkan kepada Dewan status Kompleks IMTIAZ di Besut 80 peratus pembinaannya.


Razif berkata, kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan serta masih mengikut perancangan awal kekal sebagai Kompleks IMTIAZ di Besut.


Namun begitu, Ramli masih tidak berpuas hati dengan jawab kerajaan kerana maklumat yang diterima dari anaknya itu kompleks berkenaan akan diserahkan kepada pihak lain.

“Ini kerana, anak saya sendiri terlibat (belajar) dengan sekolah IMTIAZ di Besut dalam tingkatan satu.


“Sebab, anak saya sendiri balik menangis dan marah kepada saya dan katanya kompleks tersebut hendak diserahkan kepada pihak lain,” jelasnya.

Berikutan itu, Speaker Dun Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang terpaksa mencelah serta menasihatkan Ramli supaya menelefon segera kepada anak Adun Tepoh itu mengenai keputusan kerajaan negeri.


“Saya minta selepas daripada masa rehat nanti, minta ‘YB’ (Ramli) telefon segera kepada anak dan beritahu pihak kerajaan tidak akan ubah apa-apa dan masih kekal Kompleks IMTIAZ itu,” ujarnya.


Kompleks IMTIAZ di Besut merupakan idea dan perancangan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh yang bernilai lebih RM100 juta


www.buletinonline.net

No comments:

Post a Comment